We are FAMILY

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 16

Tribute to Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Salam all...

Semalam I layan dokumentari P.Ramlee @Astro, History Channel 555...
Ni semua gara-gara terbaca satu artikel kat paper hari Ahad lepas pasal dokumentari nie...
Actually yang I tengok semalam tu siaran ulangan...tapi baru nak tengok... sangat sedih bila dapat tau kisah sebenar TS P.Ramlee (PR)....

Rasa macam selama ni kena tipu pun ada. sebab sebelum tengok dokumentari ni, I ingat PR hidup senang...rupa-rupanya tak.... sian bila fikir2 yang selama ni, kita hanya tahu menghargai orang yang tiada... tapi masa dia ada, kita tak ambil kisah pun...

Actually, I bukannya big fan of PR... minat biasa-biasa aje...I minat citer2 sejarah sebenarnya..and memang selalunya cerita-cerita seumpama ini akan meninggalkan kesan dalam diri I...sampai sekarang...tak habis-habis lagi I search citer2 PR kat internet....

Sapa2 yang tak tengok lagi dokumentari ni...cubalah tengok....rasanya..selama ni kita cuma disogokkan dengan citer2 suka PR..tak penah pun didedahkan dengan kesusahan dia...banyak yang kita boleh belajar dari doku ni...isu perkauman, perangai PHD orang-orang kita, perjuangan PR dalam memartabatkan muzik melayu and macam2 lagi....

Tahniah pada Datuk Suhaimi Baba n team... kerana berjaya menghasilkan dokumentari menarik ini... Walaupun Datuk sendiri mention that apa yang kita tonton dalam dokumentari ni sebenarnya hanya peratusan kecil dari kehidupan PR (kekangan masa-dokumentari tu hanya ~90min je... yang sebenarnya ~5jam).

Yang xde Astro, Kalau tak silap...boleh cuba cari kat youtube.. dah ada kot....

Apapun....semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman....
Al-Fatihah...

p/s : Adakah I yang terlalu emotional atau......(masih terkesan sehingga entry ini ditaip...huhu)



NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE)

Kaki Penghalang, Kaki Sabotaj

Penghalang yang mahu sabotaj projek ini memang ramai. Sampai ada yang tertanya-tanya kenapa kami di berikan projek ini. Kenapa tidak dia sendiri atau sesiapa lah pendek kata asalkan bukan saya. Kenapa tak si polan atau sipulun? Yang paling kelakar, mereka ini tidak pun menghantar kertas cadangan. Tapi bila dengar orang lain dapat, mula terlompat- buat tuduhan yang bukan-bukan. Mana lah kami tahu. Kami pergi pitching. Lepas tu kami lupa sebab lama sangat menunggu keputusan kerana terpaksa dibawa keatas. Maklumlah ada yang sentiasa mempertikaikan. Tentu saja bila cadangan kami di pilih, kami meraikannya dan semestinya orang yang paling kami kenang ialah Arwah Nasir.

Ada yang risau dan takut kami akan kaya.

Struktur skrip dokumentari ini memastikan walau pun bajetnya lebih tinggi daripada dokumentari tempatan, kami tidak akan jadi kaya. Kalau tak percaya tanyalah penerbit lain yang pernah membuat dokumentari untuk Chanel Antarabangsa.

Penggambaran, pasca produksi dan rombakan tidak ada hadnya dan memakan masa lebih kurang 5 bulan. Pihak yang cuba sabotaj takut kami akan jadi kaya. Memang kami jadi kaya-tapi kaya dengan pengalaman dan pendedahan yang paling berharga. Chanel antarabangsa pentingkan supaya sabjek dan kandungan mencapai standard dan blueprint yang telah mereka tetapkan. Ini memastikan anda tidak boleh buat duit sewenang-wenangnya. Lagi pun Stesen TV ini bukannya ***** dan boleh dipermainkan.

Jadi kami mintalah mereka yang suka beranggapan buruk serta mengutuk kerja orang lain, hentikanlah. Jika anda fikir anda boleh buat yang lebih baik, tiada siapa yang melarang anda berbuat demikian. Malahan kami mengalu-alukannya. Dalam industri ini cemburu, dendam, batu penghalang, kaki sabotaj memang terbukti hebatnya. Tapi kami pekakkan telinga dan fokus- buat terbaik yang mampu untuk siapkan dokumentari ini. Apa yang kami lalui hanyalah setitik daripada apa yang dilalui P Ramlee ketika dia berkarya.

Ada lagi ke yang tak tunjuk? Ada sambungan?

Kepada ramai yang mengajukan soalan pertama, jawapannya 'ya' memang ada. Tempoh dokumentari 90 minit mengehadkan isi kandungnya. Banyak lagi interbiu yang tidak dapat dimasukkan. Ada lagi yang perlu dibuat kalau disambung. Tetapi mengenai sambungan, susah nak jawab. Doku yang ini pun diterbitkan sebab ada kerjasama Finas dengan saluran TV Antarabangsa. Kalau tak ada, memang tak boleh buat kerana kosnya.

Pada keseluruhannya, proses doku ini memberi banyak pengajaran. Apa yang kita jangka akan menarik perhatian penonton tempatan, Penerbit History channel akan kata penonton antarabangsa lebih berminat yang lain. Semua segmen, skrip, pilihan individu dan fokus doku itu akan di kupas dan di bincang berkali-kali sehingga kedua pihak mencapai persetujuan. Ada kalanya adegan berjaya dimasukkan semula setelah di gugurkan, terpaksa dirombak lagi. Fokus hanya kepada P Ramlee dan P Ramlee sahaja. Kemudian baru lah blueprint format dan skrip di persetujui. Sememangnya bahasa dan budaya akan membezakan sentimen. Mereka objektif dan kami pula mempunyai pertalian emosi dengan subjek, iaitu P Ramlee. Oleh itu, jalan tengah diperlukan.

Jangan salahkan Mariani… aduh…( update – Terkini )

Konsultan kami bagi dokumentari ini adalah Datuk Aziz Sattar, Arwah Nasir P Ramlee, Ramli Ismail - pembantu peribadi P Ramlee dan Datuk Ahmad Nawab. Selain itu rujukan dibuat kepada dokumen berkaitan, ahli akademik dan beberapa individu di Kuala Lumpur dan Singapura. Ramai yang kagum dengan Mariani . Ada juga yang bertanya tentang cerita Mariani.

Ingin kami nyatakan di sini bahawa bukan Mariani yang cari kami untuk bercerita. Kami yang cari dan pujuk dia. Yang menyuruh kami temu bual Mariani adalah Nasir sendiri dan Datuk Aziz Sattar. Mereka yang beritahu cerita Mariani kepada kami. Mariani hanya mengesahkan saja. Lagi pun Mariani dan Saloma adik-beradik, mereka yang lebih tahu hal keluarga mereka. Tidak adil membuat berbagai andaian dan tuduhan melulu terhadapnya. Jangan terpengaruh dengan kaki penghasut.

Sebenarnya banyak lagi isi rakaman sensitif yang kami simpan. Kami tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kami sedar memang penyakit ‘cemburu, dendam, bunuh kerjaya orang lain’ antara orang industri, artis dan karyawan masih ada dari dulu hingga sekarang. Kalau tak belajar lagi dari dokumentari ‘P Ramlee’ ni, memang akan lingkup.

Jika ada yang tak menyokong kami- itu perkara biasa. Tapi jangan cuba hasut orang lain untuk mencemar usaha kami. Kami tahu tidak ramai yang sanggup berkorban untuk menerbitkan dokumentari ini sebaik mungkin berbanding bajetnya. Sebab itu ada orang yang mengaku mereka paling rapat dengan P Ramlee dan mengetahui berbagai rahsia, tidak akan menerbitkan dokumentari ini kerana mereka tidak jujur dan hanya tahu bercakap saja. Jika mereka ikhlas, sudah lama mereka buat dokumentari mengenai P Ramlee.

Kejutan

Kos mendapatkan hak menggunakan futej filem P Ramlee dari Shaw Singapore begitu mengejutkan kami dan juga History channel, kerana terlalu tinggi dan tidak pernah kami bayangkan – ia bagaikan satu ledakan bom! Dengan bantuan FINAS dan individu di Singapura, kami terpaksa pula melalui proses memujuk. Kalau tidak, memang tidak boleh guna futej tersebut. Akhirnya, selepas sekian lama, Shaw setuju bila kami kurangkan tajuk filem yang kami perlukan ke peringkat minima, sesuai dengan bajet kami. Sekurang-kurangnya Warner Music membantu dengan mengenakan kos yang berpatutan untuk lagu-lagu P Ramlee.

Rakaman suara secara kawalan jauh

Proses rakaman suara latar agak menarik kerana di lakukan di studio di London tetapi kami mengawal dan mengarah dari KL melalui talipon yang disambung terus ke studio. Kami hanya dapat membantu Timothy Watson (pembaca) melalui talipon. Alangkah baiknya jika saya berada di studio sana dan dapat menerangkan kepada Timothy siapa dia insan bernama P Ramlee. Tapi tak mengapa, kerana Timothy begitu profesional. Kelakar sikit lah bila dia susah menyebut perkataan, nama dan tajuk filem Melayu. Tetapi dia cepat tangkap bila di ajar.

Maafkan kami…

Yang kami kesali - tak dapat hubungi Run Run Shaw dan juga ada individu yang disebut dalam temu bual doku ini, yang tidak mahu komen balas atau di temu bual. Kami terpaksa gugurkan segmen penting yang melibatkan mereka masa krisis di Singapura. Kami sedar ramai yang mahu kami memberi penekanan dalam beberapa perkara. Tetapi kami diingatkan perlu sentiasa objektif dan tidak memihak pada sesiapa.

Bagi mereka yang telah ditemu bual tetapi tidak dapat di muatkan dalam dokumentari ini dan mereka yang merasakan mereka berhak didengar dalam dokumentari ini, ‘maafkan kami’ kerana masa 90 minit itu ditetapkan Penerbit antarabangsa. Kami akan cuba muatkan untuk siri seterusnya jika ada peluang. Harap semua faham.

P Ramlee- Legenda yang tiada Penggantinya

P Ramlee masih belum ada penggantinya. Semasa hayatnya, terlalu banyak yang cemburu, iri hati, tikam belakang dan melakukan pengkhianatan terhadapnya. Seperti legenda lain, ada banyak soalan dan dakwaan yang masih belum terjawab mengenainya. Saya yakin banyak lagi kisah hidup dan cerita mengenai Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang masih belum diceritakan.

Walau pun sekian lama setelah kematiannya, kisah hidupnya tetap menjadi tandatanya dan cerita mengenainya masih jadi rebutan. Dia masih memberi kesan dalam berbagai-bagai cara dalam hidup kita. Oleh kerana kami daripada industri yang sama, kami amat berasa empati dengannya.

Semoga kami dapat meneruskan lagi siri mengenai P Ramlee bagi penonton Malaysia khasnya. Mana tau, mungkin ada lagi kejutan….

Terima kasih atas sokongan anda.

Salam.

Shuhaimi Baba & tim doku P.Ramlee, Pesona Pictures



.(TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMBACA NYA)


No comments: