We are FAMILY

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 8

Rindu..

Sedapnya tdo..zzz


I miss her so much today..

Biasalah..sebab smlm cuti, jadi rindu tu makin menjadi2 plak..
Tambahan pulak Mia sekarang ni sangat banyak cakap...
"Mummy..cepat.."
"Mummy, jom Mummy..."
"Nak susu..mummy.."

Dari pagi dia bangun.. and selagi dia tak tido...memang suara dia aje...semua orang kat rumah dia tegur and panggil..atuk, nenek, ayu (Ayun), Aisyah, Ali, Sofi, Anas and Acu (Imran).. (Dah ajar sebut uncle and auntie..tapi sebab routinenya dia cuma dgr kita panggil nama..tu yang tak berapa nak lekat tu..)

Pulak, mama tegur semalam,"Mia ni happy jer bila Mummy dia kat rumah.."
lagilah serba salah nak antar Mia g school..

Pulak, pandai dia jawab bila org tanya,
"Mia nak g school tak?"
laju jer jawab "tak nak.."
Pandai betul...

Apapun...hari-hari mummy doa Mia happy and selamat sepanjang Mummy takde dengan Mia..
Be a happy girl ye sayang...

Walaupun mummy xde dengan Mia time mummy keje..tapi susu EBM yang Mummy bekalkan tu adalah pelengkap terbaik untuk kita berdua..semoga Mia tak susah-susah hati bila Mummy xde dengan Mia..

Mummy love u sooo much tau!!!

Cepatlah kul 5.30pm!!!! nak balik amik Mia!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Monday, December 6

Seminggu yang lalu...

Salam all...

Last week was fun...and this week, things are back to normal...

Semuanya bermula daripada 26 November yang lepas...
I cuti..
Hubby pun balik KL..
Aisyah balik dari India...
And 1 happy family at home..Complete okay!!

Hehe...
Memang seronok bila sekali sekala dapat gather ramai2...
Banyak aktiviti dapat buat sama2.. Memanglah letih sket sebab Sabtu 27 Nov tu ada event (Ayun & Zamri nikah ceremony)..tapi bila dah ramai2..tak terasa sangat pun..

Hmm..bila agaknya leh gather2 lagi camtu yek?

apapun, hargailah masa yang ada bersama tu...

Yang pasti, next year kita ramai2 tengok Harry Potter k!!

Nota kaki : Pics takde sebab update guna pc..gambar semua dalam laptop..hehe


Friday, December 3

Happy 21st Monthsary!!



Happy Birthday to you..

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to Mia..

Happy Birthday to you..



Another 3 mths before I dpt PHD in BF, alhamdulillah..

I akan teruskan BF selagi ada rezeki Mia..

Dear Mia, mummy n daddy love u soooooo much!! xoxo

Be a good girl k..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Tuesday, November 23

Potty Training

Salam all...

gambar google lagi..


Lately ni Mia seolah-olah macam tak berapa suka bila dipakaikan Pampers/CD (at home/during weekends)... Kadang2 tu dia buka sendiri and sebut 'yak..yak..'..tapi bila I check, kering je CD dia... Or is this a sign to tell me that Mia is ready for potty training?

Hmm....nak start potty training skrg ke? Mia nampak macam dah 40 -50% ready.. sebab, kalau CD/pampers dia dah basah..memang dia akan bagitau.. tapi maybe ada gak time-time yang dia tak bagitau... Kadang2 tu time nak mandi I suruh dia buang air kat bilik air, she seems to understands, tapi maybe tak biasa lagi kalau tak pakai pampers/CD..haha

Cepat betul rasanya budak ni membesar... baru 1yrs 8 mths... Alhamdulillah... maybe juga sebab Mia pakai CD kat umah, tu yang lagi cepat dia paham bab2 ni..

Apapun..should I start ajar dia potty training ke tak nih? I takut I susah nak commit sebab most of the time Mia kat nursery...dengan I cuma malam n weekends aje...Kalau ikut pembacaan I, nak potty training ni kena istiqamah...xleh kejap buat, kejap tak..hmm...takpe, mummy cari lagi info, kumpul banyak2 ilmu dulu, then we start, ok Mia?


Ni antara pics kat Blackberry I yang selamat di transfer ke laptop... Alhamdulillah..nasib baik 2 3 menjak ni I rajin update blog, tu pasal kebanyakan gambar dalam BB yang hilang tu dah transfer..kalau tak nangis lagi woo....


p/s : Kepada pihak C_L_ _M... tolonglah cepat sket bagi I quotation Blackberry woii..I dah tak larat dah ni..tolonglah paham...


Saturday, November 20

Blackberry Bold 9700


Gambar ikhsan google

Salam all,

Awal pagi tadi I post status kat my FB informing that I've lost my BB.... wah, banyak respons drp geng ROTU dulu...hehe

Yes...my Blackberry has gone...malam semalam masa shopping kat Jusco Bukit Tinggi...

Marah? Sedih? Geram? semuanya ada...

Tapi kenalah redha....Allah dah tentukan macam tu, kita kenalah terima n redha...

And pagi ni...I dah sedikit relaks...Alhamdulillah...I pikir..nasib yang hilang tu henpon BB..kalau yang hilang tu Mia? Nauzubillah.....

Henpon hilang boleh beli baru...boleh wat report...simkad n nombor pun still boleh dapat yang sama...

Kalau anak hilang? nyesal tak sudah...

Walaupun I memang sayang giler kat BB I ni, tapi I redha...takpelah..xde rezeki... (nasib phone num ada back-up kat email...pics, majority dah transfer dalam laptop..)

InsyaAllah Isnin ni dapat quo price dr Celcom...hopefully dapat harga murah cam masa company beli dulu (or lebih murah)...

Semoga dipermudahkan semuanya...Amiiiiin

Nota kaki : Hanya Allah yang tau sebab disebalik kejadian.... maybe I ada buat something yang I tak sedar, and ini balasannya...It's ok...REDHA

Thursday, November 18

Salam Aidiladha..

Kepada semua....
Selamat Hari Raya Aidiladha....

gambar google aje..

Semalam, I tak pergi mana-mana pun... Cuma gather ramai2 kat rumah...
Adik-adik I bawa Mia pergi tengok Lembu nak kena korban..

I? Ingat lepas kemas umah sket-sket nak join gak g tengok lembu.... tapi baru je nak tukar baju... dah dapat sms 'lembu last!!' makanya I tau dah, xde maknanya kalau pi sana pun..
(lembu ada 3 ekor aje..)

Btw, semalam makan lauk raya tuk breakfast (kuah lodeh)...lunch, makan sup tulang kat surau (nyum nyum..)
Sempat gak Mia pegi main kat playground sementara I lunch
(playground sebelah surau)
Petang, main bubble jap dengan Mia kat depan rumah...sebelum pegi PKNS Shah Alam (Ingat nak g beli shawl...sekali semua kedai tutup laa)

Memandangkan seharian yang agak beraktiviti...(aktiviti sangat..hehe) makanya sebelah malam, Mia tido awal...(selalu pun memang tido awal gak kan..hehe)

Dan harini juga bangun macam biasa untuk ke school...
sebab Mummy pun kena g keje gak!!! bosannya...

SALAM AIDILADHA SEMUA!!!


Tuesday, November 16

Tribute to Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Salam all...

Semalam I layan dokumentari P.Ramlee @Astro, History Channel 555...
Ni semua gara-gara terbaca satu artikel kat paper hari Ahad lepas pasal dokumentari nie...
Actually yang I tengok semalam tu siaran ulangan...tapi baru nak tengok... sangat sedih bila dapat tau kisah sebenar TS P.Ramlee (PR)....

Rasa macam selama ni kena tipu pun ada. sebab sebelum tengok dokumentari ni, I ingat PR hidup senang...rupa-rupanya tak.... sian bila fikir2 yang selama ni, kita hanya tahu menghargai orang yang tiada... tapi masa dia ada, kita tak ambil kisah pun...

Actually, I bukannya big fan of PR... minat biasa-biasa aje...I minat citer2 sejarah sebenarnya..and memang selalunya cerita-cerita seumpama ini akan meninggalkan kesan dalam diri I...sampai sekarang...tak habis-habis lagi I search citer2 PR kat internet....

Sapa2 yang tak tengok lagi dokumentari ni...cubalah tengok....rasanya..selama ni kita cuma disogokkan dengan citer2 suka PR..tak penah pun didedahkan dengan kesusahan dia...banyak yang kita boleh belajar dari doku ni...isu perkauman, perangai PHD orang-orang kita, perjuangan PR dalam memartabatkan muzik melayu and macam2 lagi....

Tahniah pada Datuk Suhaimi Baba n team... kerana berjaya menghasilkan dokumentari menarik ini... Walaupun Datuk sendiri mention that apa yang kita tonton dalam dokumentari ni sebenarnya hanya peratusan kecil dari kehidupan PR (kekangan masa-dokumentari tu hanya ~90min je... yang sebenarnya ~5jam).

Yang xde Astro, Kalau tak silap...boleh cuba cari kat youtube.. dah ada kot....

Apapun....semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman....
Al-Fatihah...

p/s : Adakah I yang terlalu emotional atau......(masih terkesan sehingga entry ini ditaip...huhu)



NOTA DARI PENGARAH DOKUMENTARI P.RAMLEE)

Kaki Penghalang, Kaki Sabotaj

Penghalang yang mahu sabotaj projek ini memang ramai. Sampai ada yang tertanya-tanya kenapa kami di berikan projek ini. Kenapa tidak dia sendiri atau sesiapa lah pendek kata asalkan bukan saya. Kenapa tak si polan atau sipulun? Yang paling kelakar, mereka ini tidak pun menghantar kertas cadangan. Tapi bila dengar orang lain dapat, mula terlompat- buat tuduhan yang bukan-bukan. Mana lah kami tahu. Kami pergi pitching. Lepas tu kami lupa sebab lama sangat menunggu keputusan kerana terpaksa dibawa keatas. Maklumlah ada yang sentiasa mempertikaikan. Tentu saja bila cadangan kami di pilih, kami meraikannya dan semestinya orang yang paling kami kenang ialah Arwah Nasir.

Ada yang risau dan takut kami akan kaya.

Struktur skrip dokumentari ini memastikan walau pun bajetnya lebih tinggi daripada dokumentari tempatan, kami tidak akan jadi kaya. Kalau tak percaya tanyalah penerbit lain yang pernah membuat dokumentari untuk Chanel Antarabangsa.

Penggambaran, pasca produksi dan rombakan tidak ada hadnya dan memakan masa lebih kurang 5 bulan. Pihak yang cuba sabotaj takut kami akan jadi kaya. Memang kami jadi kaya-tapi kaya dengan pengalaman dan pendedahan yang paling berharga. Chanel antarabangsa pentingkan supaya sabjek dan kandungan mencapai standard dan blueprint yang telah mereka tetapkan. Ini memastikan anda tidak boleh buat duit sewenang-wenangnya. Lagi pun Stesen TV ini bukannya ***** dan boleh dipermainkan.

Jadi kami mintalah mereka yang suka beranggapan buruk serta mengutuk kerja orang lain, hentikanlah. Jika anda fikir anda boleh buat yang lebih baik, tiada siapa yang melarang anda berbuat demikian. Malahan kami mengalu-alukannya. Dalam industri ini cemburu, dendam, batu penghalang, kaki sabotaj memang terbukti hebatnya. Tapi kami pekakkan telinga dan fokus- buat terbaik yang mampu untuk siapkan dokumentari ini. Apa yang kami lalui hanyalah setitik daripada apa yang dilalui P Ramlee ketika dia berkarya.

Ada lagi ke yang tak tunjuk? Ada sambungan?

Kepada ramai yang mengajukan soalan pertama, jawapannya 'ya' memang ada. Tempoh dokumentari 90 minit mengehadkan isi kandungnya. Banyak lagi interbiu yang tidak dapat dimasukkan. Ada lagi yang perlu dibuat kalau disambung. Tetapi mengenai sambungan, susah nak jawab. Doku yang ini pun diterbitkan sebab ada kerjasama Finas dengan saluran TV Antarabangsa. Kalau tak ada, memang tak boleh buat kerana kosnya.

Pada keseluruhannya, proses doku ini memberi banyak pengajaran. Apa yang kita jangka akan menarik perhatian penonton tempatan, Penerbit History channel akan kata penonton antarabangsa lebih berminat yang lain. Semua segmen, skrip, pilihan individu dan fokus doku itu akan di kupas dan di bincang berkali-kali sehingga kedua pihak mencapai persetujuan. Ada kalanya adegan berjaya dimasukkan semula setelah di gugurkan, terpaksa dirombak lagi. Fokus hanya kepada P Ramlee dan P Ramlee sahaja. Kemudian baru lah blueprint format dan skrip di persetujui. Sememangnya bahasa dan budaya akan membezakan sentimen. Mereka objektif dan kami pula mempunyai pertalian emosi dengan subjek, iaitu P Ramlee. Oleh itu, jalan tengah diperlukan.

Jangan salahkan Mariani… aduh…( update – Terkini )

Konsultan kami bagi dokumentari ini adalah Datuk Aziz Sattar, Arwah Nasir P Ramlee, Ramli Ismail - pembantu peribadi P Ramlee dan Datuk Ahmad Nawab. Selain itu rujukan dibuat kepada dokumen berkaitan, ahli akademik dan beberapa individu di Kuala Lumpur dan Singapura. Ramai yang kagum dengan Mariani . Ada juga yang bertanya tentang cerita Mariani.

Ingin kami nyatakan di sini bahawa bukan Mariani yang cari kami untuk bercerita. Kami yang cari dan pujuk dia. Yang menyuruh kami temu bual Mariani adalah Nasir sendiri dan Datuk Aziz Sattar. Mereka yang beritahu cerita Mariani kepada kami. Mariani hanya mengesahkan saja. Lagi pun Mariani dan Saloma adik-beradik, mereka yang lebih tahu hal keluarga mereka. Tidak adil membuat berbagai andaian dan tuduhan melulu terhadapnya. Jangan terpengaruh dengan kaki penghasut.

Sebenarnya banyak lagi isi rakaman sensitif yang kami simpan. Kami tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kami sedar memang penyakit ‘cemburu, dendam, bunuh kerjaya orang lain’ antara orang industri, artis dan karyawan masih ada dari dulu hingga sekarang. Kalau tak belajar lagi dari dokumentari ‘P Ramlee’ ni, memang akan lingkup.

Jika ada yang tak menyokong kami- itu perkara biasa. Tapi jangan cuba hasut orang lain untuk mencemar usaha kami. Kami tahu tidak ramai yang sanggup berkorban untuk menerbitkan dokumentari ini sebaik mungkin berbanding bajetnya. Sebab itu ada orang yang mengaku mereka paling rapat dengan P Ramlee dan mengetahui berbagai rahsia, tidak akan menerbitkan dokumentari ini kerana mereka tidak jujur dan hanya tahu bercakap saja. Jika mereka ikhlas, sudah lama mereka buat dokumentari mengenai P Ramlee.

Kejutan

Kos mendapatkan hak menggunakan futej filem P Ramlee dari Shaw Singapore begitu mengejutkan kami dan juga History channel, kerana terlalu tinggi dan tidak pernah kami bayangkan – ia bagaikan satu ledakan bom! Dengan bantuan FINAS dan individu di Singapura, kami terpaksa pula melalui proses memujuk. Kalau tidak, memang tidak boleh guna futej tersebut. Akhirnya, selepas sekian lama, Shaw setuju bila kami kurangkan tajuk filem yang kami perlukan ke peringkat minima, sesuai dengan bajet kami. Sekurang-kurangnya Warner Music membantu dengan mengenakan kos yang berpatutan untuk lagu-lagu P Ramlee.

Rakaman suara secara kawalan jauh

Proses rakaman suara latar agak menarik kerana di lakukan di studio di London tetapi kami mengawal dan mengarah dari KL melalui talipon yang disambung terus ke studio. Kami hanya dapat membantu Timothy Watson (pembaca) melalui talipon. Alangkah baiknya jika saya berada di studio sana dan dapat menerangkan kepada Timothy siapa dia insan bernama P Ramlee. Tapi tak mengapa, kerana Timothy begitu profesional. Kelakar sikit lah bila dia susah menyebut perkataan, nama dan tajuk filem Melayu. Tetapi dia cepat tangkap bila di ajar.

Maafkan kami…

Yang kami kesali - tak dapat hubungi Run Run Shaw dan juga ada individu yang disebut dalam temu bual doku ini, yang tidak mahu komen balas atau di temu bual. Kami terpaksa gugurkan segmen penting yang melibatkan mereka masa krisis di Singapura. Kami sedar ramai yang mahu kami memberi penekanan dalam beberapa perkara. Tetapi kami diingatkan perlu sentiasa objektif dan tidak memihak pada sesiapa.

Bagi mereka yang telah ditemu bual tetapi tidak dapat di muatkan dalam dokumentari ini dan mereka yang merasakan mereka berhak didengar dalam dokumentari ini, ‘maafkan kami’ kerana masa 90 minit itu ditetapkan Penerbit antarabangsa. Kami akan cuba muatkan untuk siri seterusnya jika ada peluang. Harap semua faham.

P Ramlee- Legenda yang tiada Penggantinya

P Ramlee masih belum ada penggantinya. Semasa hayatnya, terlalu banyak yang cemburu, iri hati, tikam belakang dan melakukan pengkhianatan terhadapnya. Seperti legenda lain, ada banyak soalan dan dakwaan yang masih belum terjawab mengenainya. Saya yakin banyak lagi kisah hidup dan cerita mengenai Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang masih belum diceritakan.

Walau pun sekian lama setelah kematiannya, kisah hidupnya tetap menjadi tandatanya dan cerita mengenainya masih jadi rebutan. Dia masih memberi kesan dalam berbagai-bagai cara dalam hidup kita. Oleh kerana kami daripada industri yang sama, kami amat berasa empati dengannya.

Semoga kami dapat meneruskan lagi siri mengenai P Ramlee bagi penonton Malaysia khasnya. Mana tau, mungkin ada lagi kejutan….

Terima kasih atas sokongan anda.

Salam.

Shuhaimi Baba & tim doku P.Ramlee, Pesona Pictures



.(TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMBACA NYA)


Monday, November 15

Sharing Is Caring ^_^

Salam all...

Fakta diambil daripada http://www.askdrsears.com

Sharing is caring :)

NUTRIENT FACTORBREAST MILK CONTAINSFORMULA CONTAINSCOMMENT
Fats
  • Rich in brain-building omega 3s, namely DHA and AA
    -Automatically adjusts to infant's needs; levels decline as baby gets older
    -Rich in cholesterol
    -Nearly completely absorbed
    -Contains fat-digesting enzyme, lipase

  • -No DHA
    -Doesn't adjust to infant's needs
    -No cholesterol
    -Not completely absorbed
    -No lipase
    Fat is the most important nutrient in breastmilk; the absence of cholesterol and DHA, vital nutrients for growing brains and bodies, may predispose a child to adult heart and central nervous system diseases. Leftover, unabsorbed fat accounts for unpleasant smelling stools in formula-fed babies.
    Protein
    -Soft, easily-digestible whey
    -More completely absorbed; higher in the milk of mothers who deliver preterm
    -Lactoferrin for intestinal health
    -Lysozyme, an antimicrobial
    -Rich in brain-and-body- building protein components
    -Rich in growth factors
    -Contains sleep-inducing proteins

    -Harder-to-digest casein curds
    -Not completely absorbed, more waste, harder on kidneys
    -No lactoferrin, or only a trace
    -No lysozyme
    -Deficient or low in some brain-and body-building proteins
    -Deficient in growth factors
    -Does not contain as many sleep-inducing proteins.
    Infants aren't allergic to human milk protein.
    Carbohdrates
    -Rich in lactose
    -Rich in oligosaccharides, which promote intestinal health

    -No lactose in some formulas
    -Deficient in oligosaccharides
    Lactose is considered an important carbohydrate for brain development. Studies show the level of lactose in the milk of a species correlates with the size of the brain of that species.
    Immune Boosters
    -Rich in living white blood cells, millions per feeding
    -Rich in immunoglobulins

    -No live white blood cells-or any other cells. Dead food has less immunological benefit.
    -Few immunoglobulins and most are the wrong kind
    When mother is exposed to a germ, she makes antibodies to that germ and gives these antibodies to her infant via her milk.
    Vitamins and Minerals
    -Better absorbed, especially iron, zinc, and calcium
    -Iron is 50 to 75 percent absorbed.
    -Contains more selenium (an antioxidant)

    -Not absorbed as well
    -Iron is 5 to 10 percent absorbed
    -Contains less selenium (an antioxidant)
    Vitamins and minerals in breast milk enjoy a higher bioavailability-that is, a greater percentage is absorbed. To compensate, more is added to formula, which makes it harder to digest.
    Enzymes and Hormones
    -Rich in digestive enzymes, such as lipase and amylase
    -Rich in many hormones: thyroid, prolactin, oxytocin, and more than fifteen others
    -Varies with mother's diet

    -Processing kills digestive enzymes
    -Processing kills hormones, which are not human to begin with
    -Always tastes the same
    Digestive enzymes promote intestinal health. Hormones contribute to the overall biochemical balance and well- being of baby.
    By taking on the flavor of mother's diet, breastmilk shapes the tastes of the child to family foods.
    Cost
    -Around $600 a year in extra food for mother

    -Around $1,200 a year
    -Up to $2,500 a year for hypoallergenic formulas
    -Cost for bottles and other supplies
    -Lost income when baby is ill

    p/s :

    Thank you guys...


    Mummy n Mia

    Salam all...

    Thank you to my BFF, Ida+Apis n Sara, Zamie n Afiq sebab dapat luangkan masa...last Friday untuk celebrate birthday we alls.. Apis n Me..Hubby xde..tapi I dah dapat green light awal-awal lagi..hehe

    Thank you jugak for the very cute pressie...nanti I upload pic hadiah k..

    Apapun..aktiviti tetap diteruskan..hehe...

    As always kitorang kalau nak gather-gather..kalau tak bercuti-cuti Malaysia, tak berpicnic, sure tengok wayang or karok... hehe (makan, wajib dalam semua aktiviti..hehe).

    So, last Friday, we all bersepakat berkumpul di RedBox MV The Gardens untuk menyumbangkan suara dalam aktiviti kumpulan ni... disamping nak celebrate besday Apis (Bulan Ogos) n Me (Sept)..

    Review lokasi RedBox ni .... Bilik memang cantik...PA system memang mantap...makan lebih banyak variety compare to RedBox Sogo...tapi I personally rasa RedBox Sogo lebih mcm family environment sket..hehe

    Apapun...tahniah kepada semua penyumbang-penyumbang suara pada malam tersebut...
    Kena praktis selalu supaya kita dapat kekalkan prestasi yang baik ini..
    haha..

    Apapun..silalah jamu mata dengan pics2 di bawah ni...
    Gambar credit to Apis...tapi gambar Apis sekeping pun xde...huhu

    Afiq

    Zamie

    Me...

    Ida...

    Birthday Celebration..

    Uncle Mie kena bully dengan Sara..haha

    Budak ini sangat aktif woo....

    Mia muka ngantuk...layan jerr

    Til then..daa

    p/s : Geng..aku rasa kita patut masukkan Mia n Sara dalam list celebrate besdaylah.. Maksudnya depa pun kena dapat hadiah gak.. Amacam???


    Friday, November 12

    PeRiNgAtAn!!

    Salam all....


    mood update blog tengah memuncak...ekeke

    Kepada member2 yang berkenaan, sila pastikan anda semua tidak lewat ya untuk perjumpaan malam ni...

    Sekian...

    Tk..



    Monday, November 8

    Langkawi 2010 - Part 4

    Uisshhh...lama tol I amik masa nak sambung part 4 ni...tulah, cuti lelama lagi...kan dah malas..ekeke

    Salam all..

    Last Friday (Deepavali holiday)..we all buat post morterm cuti-cuti Langkawi kat restoran adik Ida kat Gombak...I pun bukaklah blog ni bagi depa baca hasil penulisan I...Dan seperti yang dijangka...ada jer tempat yang aku main bubuh je nama dia...ekeke

    Sorrylah...I cuma enjoy the holiday, sampai lupa nak amik tau nama-nama tempat kat citu..

    Part 4 sambung lagi....

    Part 3 I focus on Island Hopping...so the next activities are Cable Car Ride to Gunung Mat Chincang..Sebelum sampai Cable Car kita akan melalui Oriental Village yang cantik..We all sampai sini dalam kul 4.00 kot, xberapa sure..tapi time tu kira ok lagilah..orang pun tak berapa ramai lagi...(Time turun dari Cable Car..mak aii...ramai gilerr yang nak naik tau..)

    Rate seorang dewasa untuk naik Cable Car ialah RM9 seorang (Dengan Mykad yer). Budak-budak tak ingat..hehe. Tapi..bagi orang yang gayat cam I ni...sabar jerlah...ngeriii....sebab memang tinggilah perjalanan Cable Car ni nak ke Skybridge kat Gunung Mat Chincang tu...


    Pic sekitar dalam gondola Cable Car...Muka gayat woo

    Sampai2 je kat puncak...kena lagi naik turun tangga tuk sampai ke Skybridge.. I mintak maaplah...tak berani nak berjalan kat skybridge dengan Mia...Dahlah mummy gayat...buatnya Mia meronta-ronta masa jalan atas skybridge tu...camner..Isy...makanya I cuma jalan sampai permulaan nak ke skybridge...yang lain2 jer pegi..tu pasallah gambar I langsung xde atas skybridge...gambar yang ada tu pun semua gambar muka cover gayat...hahaha

    Sejuk? hmm kalau ikutkan kabus tebal tu, patutnya sejuklah...tapi kalau dah naik turun tangga...plus dukung Mia yang berat dah lebih 10kg tuh....xde makna dah sejuk...berpeluh-peluh dibuatnya....baju suma lencun....hehe.. Tapi sesiapa yang pergi Langkawi kena datang sini, scenery sangat cantik...boleh tengok satu Pulau Langkawi u.... ^_^


    We olls @Puncak Gunung Mat Chincang

    Masa we olls nak turun, kabus dah tebal sgt dah time tu...staff kat situ pun dah tutup entrace ke skybridge..nasib baik we all awal....hehe.. lepas dapat masuk gondola, turun bawah, terus ke animal park yang ada kat bawah tu.. Kat animal park tu cuma ada Rusa yang depa lepaskan..so, visitor boleh bagi makan (kena beli makanan kat kaunter, satu pek kecik - RM1).. Gelinya bila rusa tu jilat2 tangan kita nak makan makanan tu... Mia xpegang dah..geli kot..I pun geli kalau dah kena sondol2 camtu kahkahkah...


    Sila fokus kepada pic mummy-mummy vogue yeh...

    Habis pusing-pusing, dah petang dah..(yelah, sampai pun petang kan...hehe)..Tapi memandangkan esok dah nak balik....perjalanan di teruskan ke Pantai Pasir Hitam dan Pantai ..... (tak ingat, tapi pantai sangat-sangat cantik) ..

    Habis ronda-ronda, balik Condo, rehat, solat maghrib, tukar baju terus bawak budak berdua tu mandi swimming lak...Ida dgn I and Mia+Sara jer yang turun..yang lelaki-lelaki..owh..tak sekuat kitorang...semua dah collaps keletihan...hihihi..

    Mandi pool jap, naik, siap2 nak g makan besar lak....We olls makan kat Retoran Ikan Bakar kat Pantai Chenang... sedap.. tapi Mia ngan Sara tido jer sepanjang we olls dinner malam tu...letih sangat dah tu..

    Habis dinner..balik condo..mummy plak nak rehat and beradu...

    Esok dah balik...uwaa.....
    tak puas...
    nak jalan-jalan n cuti lagi...

    till then, daa...

    Thursday, November 4

    Langkawi 2010 - Part 3

    Salam semua....
    Macam mana mood u olls harini? ok ke?
    Last week time-time macam ni I dgn my frenz sumer tgh seronok island hopping woo...
    tapi minggu ni... kat ofis... well...semua tu tinggal kenangan jer..

    So, harini I nak sambung cerita Langkawi Trip Part 3..

    Part 3 ni nak fokus on our 2nd day kat Langkawi...One full day kat Langkawi..hari yang paling padat, paling penat, paling enjoy, paling fun n paling menyeronokkan..

    Pagi 2nd day ni, we olls sumer bangun awal... I sendiri bangun before alarm bunyik tau...mandi2, then solat subuh...pastu stanby nak g Island Hopping, yeay!

    Ikut taklimat oleh Afiq semalam...kitorang perlu berada kat area Under Waterworld jam 9.00 pagi..so, memang nak kena awallah gerak sbb dengan budak Mia+Sara tu lagi kan.. Plus we all nak breakfast dulu.. So, kitorang gerak dr condo jam 8.00 pagi terus g mencari sesuap nasi..(ekeke, breakfast)..

    Memandangkan salah seorang ahli kumpulan ni jenis xleh makan lambat...so, mana2 restoran yang we all nampak, xde pikir-pikir, terus parking and serbu!!!

    Lepas makan, terus shoot ke lokasi yang dijanjikan...untuk aktiviti island hopping, Afiq yang tukang arrange nya... Sampai2, walaupun we all ni dikira lewat 5 minit, rupanya ada lagi yang lagi lambat dr kitorg....nak wat camner..tunggu jelah..

    Rasa-rasanya dalam kul 10.15 kot barulah we all dapat naik bot...


    Muka-muka ceria dapat naik bot..yeay..

    So, pakej Island Hopping ni bernilai RM35 seorang...(Mia+Sara tak kira..). Basically dia akan bawa kita ke 3 pulau.. iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (tak sure nama dia) dan Pulau Beras Basah... rasa-rasanya aktiviti ni berlangsung antara 2-4jam... tapi personally I suka aktiviti ni sebab best..best and best..

    Pulau-pulau yang kita dapat tengok sepanjang Island Hopping ni pun..masya-Allah, cantik sgt... dengan anginnya bertiup lagi..best woo... pengalaman yang mengasyikkan. Mia and sara layan je..Mia pun xtakut..enjoy gak kot..hehe


    1st pulau...Pulau Dayang Bunting

    Kat pulau ni ada tasik yang dipanggil Tasik Dayang Bunting.. dah namanya tasik..surelah dalam kan... So, I cuma teman and guide Mia mandi kat area bebudak je...I ni, kalau air yang kaler agak gelap cam tasik ni, tak berani woo...(imagine mcm2..) yang berendam cuma Afiq je...hehe


    2nd Pulau.. Pulau Singa Besar... tapi xnampak singa, cuma ada banyak Helang and besar-besar...Mia dah tertido time nih..

    Kat cni, bot tak turun...cuma dia matikan enjin and kita dapat lihat betapa banyaknya spesis helang kat sini tengah makan... Helang-helang kat sini depa bagi makan kulit ayam..campak2 dalam laut, so, helang2 ni akan berebut2 amik makanan tu...


    3rd Pulau.. Pulau Beras Basah...very beautiful beach...

    Kat sini plak...pantainya sangat cantik..pasir putih woo...sampai-sampai je..terus bubuh sunblock and then terus ke pantai and mandi-manda..time we olls sampai ni..memang tengah hari..panas gilerr wehh.. tapi takkanlah nak tengok aje..pantainya cantik sgt2... Tapi yang mandi cuma I+Mia, Ida+sara and zamie and afiq...

    Habis Island hopping rasa-rasanya dekat kul 1 lebih kot...
    Dah tengah hari...
    tambah plak baru lepas berendam...
    perut pun dah nyanyi2...

    so, we olls bilas2 and tukar baju kat Under Waterworld...terus serbu makan....dulu..

    Kat kedai makan..kedai apa ntah tapi sedap woo tomyam and ayam goreng pandan dia...menjilat jari..nyum2..
    Hubby berangan dgn spek baru beli sebab panas sgt katanya..hehe

    So, lepas makan apa we all buat?
    tunggu part 4 lak ye...

    Wednesday, November 3

    Mia turn 20 months old..


    Salam all...

    Entry selingan..hehe

    Tengok ajelah pics kat atas tu....cepat je masa berlalu kan...pejam celik pejam celik... sekarang ni macam2 yang Mia dah pandai..but sekarang ni concentration adalah pada nak mula bercakap..Memang dah pandi cakap pun...siap nyanyi2 lagi skang ni..

    Lagu feveret dia sekarang ialah...

    "Ibu..Ibu..
    Engkaulah Ratu Hatiku...
    Bila ku berduka..
    Engkau hiburkan selalu...

    Ibu..Ibu..
    engkaulah ratu hatiku.."

    Ni sumer influence drp iklan Fernleaf kat tv tuh..hehe..
    So, bila2 masa dia nak tgk iklan tu, I akan buka youtube kat BB I and bagi dia dengar..hehe

    Selain nyanyi..Mia pun boleh baca doa makan..(almost full version)...
    Bila nampak we all solat..dia pun ikut sama (mana nak dapat telekung tuk budak age 1-2 yrs ek?)

    Apapun...I bersyukur, BF journey masih diteruskan, walaupun hasil perahan tak semeriah dulu...
    Kalau dulu pump kat ofis leh bawak balik ~18oz.. sekarang nak cecah 10oz pun payah.. Tapi xpe..Mummy tetap akan teruskan hingga ke titisan yang terakhir..hehe

    Ada rezeki Mia insyA..at least until Mia 2 yrs kan sayang...

    So, ni adalah hasil terkini masa kursus kat PD (3D2N) haritu (15-17 Okt 2010)

    Alhamdulillah..semoga dipermudahkan...

    Till Then..dada

    Posted by Picasa

    Langkawi 2010 - Part 2



    Salam all...
    harini nak sambung lagi citer cuti-cuti Langkawi kitorang...
    Banyak gambar yang I nak upload... tapi gambar masih xde kat I, so I cuma guna gambar yang ada kat FB je dulu...nanti I dah dapat gambar dari photographer apis n zamie, I touch up balik post-post ni sumer..hehe..

    Part 1 terhenti sebaik sahaja kitorang sampai kat Langkawi...

    Aktiviti yang we all buat on our First Day ialah...menuju ke pantai-pantai di Langkawi...memula we all plan nak gi Pantai Chenang, tapi Afiq yang bertindak sebagai pilot bawa kitorang g mana ntah...I pun xsure nama pantai tu..tapi dekat je dengan area Underwater World..cantik..I rasa pantai-pantai kat Langkawi sumernya cantik... Kat 1st pantai ni, we all berhenti kejap aje..amik2 pics sket, then terus g cari makan..lapar woo..


    Mia menikmati pemandangan pantai...

    We all makan jap kat kedai apentah..tapi roti canai dia memang sedap..nyum2..

    Lepas makan terus ke tempat penginapan kat Istana Condo...Condo ni, not bad...sesuai untuk yang pergi secara grouping macam we all.. harga pun takdelah mahal sgt..2 malam dalam RM250++ kot (tak ingat sebab penginapan Zamie yang arrange) untuk Condo 3 bilik, semua bilik aircond, ada dapur, ruang tamu and peralatan sket...

    Kejap je dekat Condo, we all siap2 nak pegi pasar yang Afiq kata famous sangat tu...tapi malam tu pasar tu xdelah happening sgt..tapi makanan memang murah betul kalau nak compare dengan KL nih...

    Tapi disebabkan pasar tak berapa happening, we all beli sikit2 je then pegi makan kat tempat lain plak...
    (Nama restoran, tak ingat...)

    Candle light dinner..ekeke


    Org makan, dia main pasir lagik!!!

    Lepas makan...balik condo..makan plak makanan yang we all beli kat pasar tadi...hehe (cuti-cuti asyik makan aje..) Then semua pun tdo...

    Sambung plak part 3 nanti on our 2nd Day yang penuh dengan aktiviti...and FUN!!!!

    tata

    Monday, November 1

    Langkawi 2010 -Part 1

    Salam all....

    Alhamdulillah..cuti-cuti Malaysia 2010 dah berakhir dengan jayanya... I personally sangat enjoy dengan percutian kali ini..in fact, sampai ke hari ini pun I masih terbayang-bayang, terasa-rasa macam berada di Pulau Lagenda tu...very the beautiful island... ^-^

    Anyway, today I nak share percutian kitorg kali ni...tapi part by partlah ye.. takut karang bosan lak baca karangan panjang-panjang..hehe

    1st Day - 27 Okt 2010

    Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba..lepas Subuh dah xde tido-tido dah..punya excited..hehe. Sedangkan flight kul 4.00 petang tu.. lagipun, I xsiap kemas barang lagi..tu pasal bangun awal (ngeh ngeh)... Mia time ni sedap tdo lagi...

    Siap-siap kemas barang, kemas bilik sket2..I kuar umah kul 11.00 am. Janji jumpa dengan hubby kat Shah Alam dulu.. singgah opis anta document, then terus shoot ke Cyberjaya (amik my bro). Then we direct to LCCT.. time tu I dah mula xsenang duduk, sebab member2 lain dah sampai LCCT, tengah lunch (I biasalah..nama pun punctual..ekeke). Alhamdulillah, dalam kul 2.30 kitorg sampai LCCT..



    Kat atas tu satu troley penuh dengan barang Me, hubby n Mia aje tuh...As always, I dah cuba minimumkan muatan, tapi tu jelah yang mampu..keke...itupun termasuk stroller Mia..tu yang nampak banyak tuh.. Mia tengah layan promo ad kat kedai Celcom bluecube..hehe

    Sampai2 LCCT, terus g surau sembahyang zohor+asar. Ni pun sebab member2 lain tgh lunch..I malas nak g foodcourt, tu yang g surau dulu tu.. Selesai solat, diorang pun dah tunggu kat entrance LCCT.. Then terus ke counter nak check in dulu... Bajet barang cam ringan, sekali kena tambah lagi RM60 utk luggage aje...xpelah..nak wat camne.. :)

    Settle check in beg-beg semua, ktorang tunggu lagi..adoii..tadi punyalah kelam kabut, bila sampai..menunggu aje kejonye...tapi sempatlah hubby beli McD untuk we olls...so, mamam dulu..



    Isy..budak berdua ni..kalau time ok tu..peluk2 sampai nak tergolek dibuatnya..kalau tak ok, main rebut-rebutlah, tolak-tolaklah..isy3..

    Jam 3.30pm, we all pulak check in..and tunggu untuk naik flight kul 4.10pm...

    Perjalanan di jangka sejam..tapi aku rasa cam kejap aje..Mia tak takut langsung dalam flight..siap xmo duk diam lagi..nak berjalan-jalan plak dia...masa take off pun dia ok aje...ingatkan Mia akan takut bila bising2 camtu...tapi Mummy silap rupa-rupanya... Nasiblah flight tak penuh..so, senang sket nak monitor Mia.. ^-^

    Sampai Langkawi dalam 5.10 pm, setel2 ambik beg semua, kereta sewa dah standby kat luar. We all ambil Avanza..itupun cam muat-muat jek rasanya...dengan barang lagi plus kitorg 6 + 2...tapi seronok nyer hal..ok jer..hehe



    Sampai suda..Alhamdulillah..

    Next entry I share on tempat-tempat yang we all singgah sepanjang kat Langkawi k..

    Till then, daa...

    p/s : Time tulis entry ni pun dok terbayang-bayang time kat Langkawi..best sangat!! Seronok sebab holiday and dapat bersama Mia 24/7...huhu, Mummy miss Mia already..huhu



    Tuesday, October 26

    Cuti-cuti Malaysia...

    Salam all...

    Lama tak hapdet blog ek..hehe
    Banyak nak dikongsi..tapi macam-macam alasan yang menjadikan cerita yang banyak nak dikongsi tu, terpendam jek...hehe

    Anyway, setelah sekian lama berdiskusi, mengumpul duit dan sesi perjumpaan ke satu sesi perjumpaan dan bermacam-macam sesi pra cuti-cuti Malaysia ni..akhirnya, kitorang akan g cuti-cuti Mesia esok..yeay!!! (Perhatian ye..I mention cuti-cuti Malaysia..jangan plak ada yang tanya nak gi Bandung ke etc etc.... ;) )

    Kitorang tu sapa? owh korumnya masih tak berubah dan belum bertambah dari tahun lepas..hehe



    1. Me+hubby+Mia
    2. Ida+Apis+Sara
    3. Zamie
    4. Afiq (xde dalam pics..)


    So geng, sila pack barang korang segera n sila pastikan jangan terlebih muatan plak..hehe...

    Semoga percutian kita kali ni berjalan dengan lancar..

    En Zamie - sila jangan lupa baca doa selamat esok!!!

    hehe..



    kemana kitorg?

    Well, kitorang akan ke Pulau Mahsuri sok... nak jumpa dengan burung di bawah ini..hehe


    Aktiviti agak pack, memandangkan masa terhad..sila pastikan kita semua berada dalam keadaan yang berstamina ye esok...

    Dan buat rakan-rakan sepejabat..selamat bertugas...ekeke... acik nak g cuti-cuti Malaysia..

    p/s : Tahun depan nak g mana pulak ye kawan2?