We are FAMILY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Damia Aleesya. Show all posts
Showing posts with label Damia Aleesya. Show all posts

Wednesday, December 8

Rindu..

Sedapnya tdo..zzz


I miss her so much today..

Biasalah..sebab smlm cuti, jadi rindu tu makin menjadi2 plak..
Tambahan pulak Mia sekarang ni sangat banyak cakap...
"Mummy..cepat.."
"Mummy, jom Mummy..."
"Nak susu..mummy.."

Dari pagi dia bangun.. and selagi dia tak tido...memang suara dia aje...semua orang kat rumah dia tegur and panggil..atuk, nenek, ayu (Ayun), Aisyah, Ali, Sofi, Anas and Acu (Imran).. (Dah ajar sebut uncle and auntie..tapi sebab routinenya dia cuma dgr kita panggil nama..tu yang tak berapa nak lekat tu..)

Pulak, mama tegur semalam,"Mia ni happy jer bila Mummy dia kat rumah.."
lagilah serba salah nak antar Mia g school..

Pulak, pandai dia jawab bila org tanya,
"Mia nak g school tak?"
laju jer jawab "tak nak.."
Pandai betul...

Apapun...hari-hari mummy doa Mia happy and selamat sepanjang Mummy takde dengan Mia..
Be a happy girl ye sayang...

Walaupun mummy xde dengan Mia time mummy keje..tapi susu EBM yang Mummy bekalkan tu adalah pelengkap terbaik untuk kita berdua..semoga Mia tak susah-susah hati bila Mummy xde dengan Mia..

Mummy love u sooo much tau!!!

Cepatlah kul 5.30pm!!!! nak balik amik Mia!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Tuesday, November 23

Potty Training

Salam all...

gambar google lagi..


Lately ni Mia seolah-olah macam tak berapa suka bila dipakaikan Pampers/CD (at home/during weekends)... Kadang2 tu dia buka sendiri and sebut 'yak..yak..'..tapi bila I check, kering je CD dia... Or is this a sign to tell me that Mia is ready for potty training?

Hmm....nak start potty training skrg ke? Mia nampak macam dah 40 -50% ready.. sebab, kalau CD/pampers dia dah basah..memang dia akan bagitau.. tapi maybe ada gak time-time yang dia tak bagitau... Kadang2 tu time nak mandi I suruh dia buang air kat bilik air, she seems to understands, tapi maybe tak biasa lagi kalau tak pakai pampers/CD..haha

Cepat betul rasanya budak ni membesar... baru 1yrs 8 mths... Alhamdulillah... maybe juga sebab Mia pakai CD kat umah, tu yang lagi cepat dia paham bab2 ni..

Apapun..should I start ajar dia potty training ke tak nih? I takut I susah nak commit sebab most of the time Mia kat nursery...dengan I cuma malam n weekends aje...Kalau ikut pembacaan I, nak potty training ni kena istiqamah...xleh kejap buat, kejap tak..hmm...takpe, mummy cari lagi info, kumpul banyak2 ilmu dulu, then we start, ok Mia?


Ni antara pics kat Blackberry I yang selamat di transfer ke laptop... Alhamdulillah..nasib baik 2 3 menjak ni I rajin update blog, tu pasal kebanyakan gambar dalam BB yang hilang tu dah transfer..kalau tak nangis lagi woo....


p/s : Kepada pihak C_L_ _M... tolonglah cepat sket bagi I quotation Blackberry woii..I dah tak larat dah ni..tolonglah paham...


Wednesday, November 3

Mia turn 20 months old..


Salam all...

Entry selingan..hehe

Tengok ajelah pics kat atas tu....cepat je masa berlalu kan...pejam celik pejam celik... sekarang ni macam2 yang Mia dah pandai..but sekarang ni concentration adalah pada nak mula bercakap..Memang dah pandi cakap pun...siap nyanyi2 lagi skang ni..

Lagu feveret dia sekarang ialah...

"Ibu..Ibu..
Engkaulah Ratu Hatiku...
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu...

Ibu..Ibu..
engkaulah ratu hatiku.."

Ni sumer influence drp iklan Fernleaf kat tv tuh..hehe..
So, bila2 masa dia nak tgk iklan tu, I akan buka youtube kat BB I and bagi dia dengar..hehe

Selain nyanyi..Mia pun boleh baca doa makan..(almost full version)...
Bila nampak we all solat..dia pun ikut sama (mana nak dapat telekung tuk budak age 1-2 yrs ek?)

Apapun...I bersyukur, BF journey masih diteruskan, walaupun hasil perahan tak semeriah dulu...
Kalau dulu pump kat ofis leh bawak balik ~18oz.. sekarang nak cecah 10oz pun payah.. Tapi xpe..Mummy tetap akan teruskan hingga ke titisan yang terakhir..hehe

Ada rezeki Mia insyA..at least until Mia 2 yrs kan sayang...

So, ni adalah hasil terkini masa kursus kat PD (3D2N) haritu (15-17 Okt 2010)

Alhamdulillah..semoga dipermudahkan...

Till Then..dada

Posted by Picasa

Friday, October 16

DEMAM + SELSEMA + BATUK

kawan-kawan..comel tak saya pakai koyok??

Sian Mia...last Saturday (10 Oct 09) Mia mula demam...badan dia panas sgt..aku dah risau dah..pepagi subuh, minta hubby kuar gak cari cool fever..memang ktorg tak tdo malam tu sebab Mia pun xlena tdo..duk merengek aje..

Demam Mia berlanjutan hingga ke hari Rabu..makanya terpaksalah ku EL (walaupun EL, kena gak datang ofis..sedih kan)

Orang dulu-dulu kata, baby kalau demam ni sebab nak dapat upah...
tau upah apa yang Mia dapat?
hehe..Mia dah pandai tepuk tangan (esp bila kita nyanyi lagu Tepuk amai-amai..) and also Mia dah ada gigi...(aku nampak sebatang jek kat bwh..Mia xbagi tengok..kedekut!)

Apapun, alhamdulillah, demam Mia dah kebah, cuma ada selsema sikit sekarang...kawan-kawan semua, doakan Mia yer..

Posted by Picasa

Friday, September 4

Pengalamanku..

Assalamualaikum readers..

(Entry ku kali ini mungkin panjang sket, harap kalians tidak jemu membacanya. Kalau xnak baca pun takpe :))

Hmm..harini sebenarnya nak kongsi sedikit pengalamanku sepanjang 6 bulan bergelar Mummy yang fully BF..

To be honest, sekarang ni, kalau aku dapat tahu mana-mana new mommies yang berikan anaknya Formula Milk (FM) tanpa alasan , aku rasa sedih sgt2... aku rasa macam kesian kat baby tu sebab xdapat sepenuhnya khasiat yang ada kat dalam susu ibu (SI) sebaliknya minum susu lembu..

Aku sebenarnya bukanlah terror sgt dalam bab ni.. Sebenarnya, yang menjadi keutamaan dan azam aku adalah nak berikan yang terbaik untuk Damia (InsyaAllah dipermudahkan segalanya..). sebab tu, aku pilih untuk fully BF Damia sampai dia 6mths (Alhamdulillah berjaya) and aku akan teruskan InsyA until Damia 2yrs old.
Bila aku mula terdetik nak bagi Damia fully BF?

Sebelum Damia lahir - aku tak terfikir pun tentang ini. xde pun pasang niat nak fully BF ke apa.. masa tu, cuma fikir baby baru lahir macam mana..

Lepas Damia lahir - 2-3 hari lepas Damia lahir pun aku xterfikir lagi. Masa di hospital, nasib baiklah nurse and gynae aku, Dr Fatima ajar aku nak BF. 3 hari - 2 mlm aku kat KJMC, tiap2 hari mesti ada nurse datang bilik and ajar aku cara nak feeding Damia. Kawan-kawanku yang bergelar isteri/bakal ibu - percayalah. Perkara ini tidak senang. Perlukan sokongan dari semua yang berada disekeliling kita. Tapi sabar. Susu takkan terus banyak bila baby baru lahir, tapi yang sedikit itulah yang mengenyangkan bayi.. dan sebagai Ibu, bersabar-susah tu sekejap sahaja...

Sebulan dalam pantang - Aku nekad nak bagi Mia fully BF bila kejadian Mia muntah2 lepas aku bagi FM pada dia (Malam masa hantar Aisyah kat KLIA nak balik India). Memang sedih sgt tengok Mia muntahkan semua susu FM yang dia minum. Dan malam tu, memang aku nekad nak BF Mia sepenuhnya.

...Maka bermulalah pencarianku mengumpul ilmu pengetahuan tentang BF... dan aku pun mula kenal istilah-istilah yang selama ini xlangsung pernah aku terfikir - EBM/ BP/ Medela/ Spectra/ Pumping/ liner dan macam-macam lagi.

Aku cari info kat mana? tentulah dengan ONLINE INTERNET!!

Sepanjang aku pantang, itulah keje aku. Online. search mengenai ini. Aku nak tanya siapa? kawan2 aku pun mcm aku juga..Ini semua benda baru bagi kami. Setiap hari aku akan search and baca forum-forum yang related untuk aku kumpul ilmu tentang BF. Aku belajar macam mana nak kumpul stok EBM, aku belajar BP mana yang terbaik, aku belajar cara nak handle EBM, berapa banyak nak bekalkan Mia Si dalam sehari dan macam2 lagi.. dan percayalah, aku bermula dengan ~14 botol x3.50z(100ml) masa aku mula naik keja pada 4/5/09 dan sekarang aku dah ada ~ 100 liner+ bottle x 3.5oz. Semuanya tak mustahil..apa yang penting, percaya pada diri sendiri dan yakin kita nak berikan yg terbaik untuk anak kita..

Kenapa aku nak citer semua nih?

Seperti permulaan ceritaku ni, aku sedih bila dengar ada mommies yang beri FM pada anak.

Aku juga berharap kawan2 aku (esp yang baru2 kawin kat PERNAMA ni..) bila dah ada baby, akan terus berikan yang terbaik untuk anak2 anda..percayalah, you won't be regret..

Cuma ingatlah - Selalunya mommies bagi alasan bagi FM sebab susu xdelah, susu sikitlah, takut baby xkenyang (perut baby kecik je, bukan macam perut kita..jadi baby xmelantak macam kita ye kawan2) tapi sebenarnya semuanya bergantung pada DEMAND & SUPPLY, bukan size B tau....


P/s : entry aku ni bukan menghentam sesiapa..sekadar berkongsi..
P/s : nak rujukan lebih? boleh layari susuibu.com (cari aje mana-mana forum yang related) atau boleh baca artikel ini http://www.sarakids.com/articles.php

Rezeki Mia : masa ABE meeting di Temerloh 6 - 8 Aug 2009...(sebahagian sahaja) - sehingga hari terakhir, aku berjaya bawa pulang ~ 30 liner+bottle x 100ml (xcaye? tanya Mar/Haza..macam mana aku makan space bonet keta Haza masa balik hari tu...)

Thursday, September 3

Busy atau aku 'M"??

Assalamualaikum readers...

Waduh2...lama sungguh aku tak publish entry baru yer.. banyak sebenarnya nak cerita-cerita.. tapi xde mood nak mengupdate blog sendiri...

Antara list Things To Do aku :
Hutang aku -> aku masih berhutang untuk:

  • Upload gadget-gadget baru yang aku beli masa aku pindah masuk umah Puncak Alam.
  • Aku tak tulis lagi entry masa Mia 5mths.
  • Aku tak cerita lagi masa Mia kena tinggal sebab aku g meeting kat Temerloh/my BF journal@ Temerloh
  • Aktiviti cuti-cuti Malaysia aku @ Lumut
  • Entry Mia 6 mths
  • Iftar @ Dewan Perdana Felda

Isy..cukuplah tu..makin panjang pulak listnya.. bukan apa, aku sebenarnya xde mood langsung nak update..satunya sebab kat umah xde internet access (kalau ada pun, aku xde masa nak online pun...balik keje dah penat, nak layan si Mia bambam lagi..). Lagi satu, bila aku update kat opis, nak upload pic lak xleh. sebab? semua gambar aktiviti persatuan dsb ada dalam laptopku..huhu.

Tapi, disebabkan aku tgk rakan-rakan seperjuangan (Esp : Mariani) asyik mengupdate blognya...jeles plak rasanya..

Takpe..takpe..akan ku kejar sikit2 untuk update blogku..

Sementara itu, silalah menjamu mata dengan gambar Mia bambam (tiap-tiap hari mummy rindu kat Mia..xsabar nak balik keje..mmuah!)

Gambar diambil ketika Mia 5 mths ++

(dah pandai meniarap/duduk/merangkak.. juga pandai memilih orang sekarang.. :)) )

Thursday, August 6

Tensionnya...

Aduh...

Tadi baru lepas sms/call umah..Ayun bagitau Mia asyik nangis2 aje..pastu taknak EBM pulak..

Risau+tensen..hati aku dah takde kat meeting ni dah...


Mia...mummy miss u syg..


Tadi baru lepas video call dgn Mia..lepas abah pujuk, barulah dia ok (wah..cucu atuk nih..) tapi yang aku risau kalau dia xmo minum EBM tu..


Ya Allah..permudahkanlah semuanya untukku...


AMIIN..

Mia sayang...taknak ngamuk2/nangis2 ye syg..Mummy pegi kejap jer...Mia be a good girl ye syg...





Thursday, July 30

Goodbye Kota Kemuning..

Esok, (31 July 2009) merupakan hari terakhir aku and Damia duduk kat umah mama and abah kat Shah Alam. Esok juga adalah :


a) hari terakhir Mia di Nursery Kota Kemuning (lepas ni Mia school kat Setia Alam ye syg..)
b) hari terakhir Mia balik merasa balik awal dari nursey (lepas ni Mummy amik Mia kul 6.00pm ye sayang..)

Hmm..ntahlah. Sedih sebenarnya. Tapi, inilah kehidupan kan..takkan selamanya aku nak mengharapkan mama & abah (walaupun sungguh selesa sebab Mia dibawah jagaan family sendiri)
Well, aku n hubby kenalah blajar berdikari..jangan terus-terusan menyusahkan orang tua kan..
Apapun, untuk mama and abah (and ayun juga), if u all read this, Hani nak cakap thank you banyak-banyak. Untuk selama hampir 5 bulan Hani menyusahkan mama n abah, minta maaf and halalkan semuanya ye. Memang tak terbalas segala apa yang u all dah buat dan bantu selama ini. Doakan segalanya berjalan lancar selepas ini..
Memanglah lepas ni masih boleh balik umah mama kan, tapi surelah tak sama..Well, honestly aku memang sedih..sedih dengan perubahan yang akan berlaku. Sian kat Mia at the same time.. Tapi takkanlah aku nak biarkan hubby duk sorang2 pulak tanpa kitorang berdua..


Betapa sukarnya keadaan ini...

Mia & atuk (gambar Mia & nenek xde dalam simpananku..Nanti ku cari n upload)

Banyak sebenarnya yang mama & abah dah buat/bantu aku..tak tertulis sebab terlalu banyak. Apa yang aku tulis kat sini cuba cebisan sahaja. Sekadar meluahkan rasa sedih aku sahaja.. :((


Tuesday, July 28

Dilemma..

Hye readers..


Seperti tajuk entry ku pada hari ini..
ku sebenarnya tengah confuse..
Sekarang ni aku plan nak beli 2nd breastpump untuk buat back up..(juga sebab aku kena pergi meeting bulan 8 nih..)

Tapi, masalahnya, xtau nak pilih yang mana..cuma sekarang ni hati dah berat sikit pada Medela Harmony (MH).. dari pencarianku di internet juga..MH ni not bad lah..avent pun sama..


ntahlah..camner ni...

Apapun, aku bagi deadline untuk diriku pilih which breastpump sampai end of this weekend (jumaat). minggu depan dah nak kena ada benda ni..

Medela Harmony(suka banget!!)

Avent Isis (ni pun suka juga)


Saturday, July 25

Family Day @Wet World Shah Alam

Assalamualaikum all readers..

Actually aku dah lama nak share gambar ni dengan semua.Thanks to Mariani sebab gambar-gambar ni adalah ehsan daripada camera dia (aku terlupa bawa camera, walaupun dah berkali-kali dok ingatkan diri sendiri..ish..ish..ish..)

Apapun, during that day (4 July 2009), aku tak join sebrang game pun, cuma bantu sebagai emcee sahaja..ok apa..ada gak penglibatan (ehh..penglibatan belakang tabir toksah cakaplah kan..) dan sebab tu jugaklah gambar aku xbyk pun..

Tapi, gambar budak kecik ni wajib, walau dalam apa hal pun. hehe. aku sebenarnya nak mandi jugak, tapi disebabkan aku ala2 bertugas pada hari tersebut, tak dapat nak mandi dengan Damia n Hubby, main kat tepi2 aje dan jadi tukang amik gambar...

Habis bertugas, si Damia plak dah tdo..apalagi, takkan nak kejut pulak kan (dahlah Mia kena minum EBM harituh disebabkan kesibukanku..huhu), so, aku pun main air kejap dengan Mariani, and then kitorang balik..

So, silalah menjamu mata dengan pics dibawah yek..

Damia @ Wet World Shah Alam @ 4mths.. cute kan ?

(kawan2, Mia minum EBM ye..bukan susu formula!)



Happy 4th month Sweet Damia Aleesya

Assalamualaikum semua...

Wah..lama betul aku 'berehat' yek...

bukan apa, selain daripada busy wat bende2 lain (cam sibuk aje kan..hehe) aku juga malas nak masukkan entry sebab hp aku problem, so, tak dapat amik gambar yang best.. (mcm-mcm alasan jer..)

hehe..tapi, aku sebenarnya ada maik gambar..so this is my sweet darling when she turn 4 months.. (3rd July 2009)


Gambar ni pun amik masa 3rd July 2009 tau..

Masa ni, damia dah pandai meniarap tapi tak terror lagilah..skang, toksah citer, pantang aku letak jer, terus pusing. nak pakai diaper pun kena bergelut dulu dgn budak bambam ni tau.

Apaun, mummy loves u syg..Mmmuahs!!

Thursday, June 25

Damia & Tina The Tiger

Minggu lepas (20 Jun 2009) aku pegi kenduri umah Shah dengan kengkawan Office..biasalah..mesti pegi lepas habis keja kan..

Memandangkan aku ni, kalau boleh nak kemana pun nak bawak si Damia, aku decide utk join carpool (kumpul kat HQ), naik keta Mar.. yelah, kenduri dahlah jauh, buatnya si Damia ngamuk ke, nak susu ke..x ke haru kan..

Tapi, setakat ni, Damia xpernah lagi ngamuk2 bila letak kat carseat..dia ok jer..cool..siap kekadang tu tertdo sendiri lagi..(maybe selesa sebab ada aircond..spoilt betul budak kecik ni..nak beraircond jerk, baru leh tdo lena..)

Walaupun camtu, perjalanan paling lama aku n Damia (aku drive, Damia kat carseat) adalah 30 - 45 min jer.. lama dari tu, xpernahlah lagi..

well, entry kali ni saja nak share video Damia tgh main dengan favourite toy dia, Tina The Tiger..


Video ni aku rakam masa lampu merah, otw balik dari kenduri Shah..nak balik umah dah..hehe (bahaya ke?)
Apapun, Budak ni memang cute kan?

Thursday, June 18

Damia's Development

Aku amik ni daripada newsletter yang aku subscribe, saja nak share update pasal Little Damia..hehe

Can your baby do this..
Wow! Your baby is now 3.5 months (14 weeks) old.

By now your baby should:
• Lift head up to 90 degrees while lying on stomach .......... dah boleh dah. cumanya kekadang Damia mcm xlarat lagi nak meniarap lama-lama
• Be able to open and close his fingers and bring both hands together .......... dah boleh jugak..
• Smile when around people .......... memang pun..
• Babble, coo and make facial expressions with greater frequency .......... boleh..tapi yang facial expressions tu ku xberapa perasanlah..hihi
• Be able to change positions more often .......... betul, betul, betul..sekejap jer kepala dia dah jauh dari bantal..
• Enjoy playing games like pat-a-cake and peek-a-boo .......... aku tengok..dia enjoy jek main dengan Tina The Tiger dia tu..


By now your baby probably will:
• Enjoy playing with his fingers .......... memang enjoy sungguh..sampai basah-basah baju kena air liur dia yang meleleh-leleh
• Put most things into her mouth .......... ni pun betul..kekadang baju aku pun dia makan bila aku dukung dia..
• Stare at strangers with fascination .......... hmm..xsurelah
• Be able to follow an object held about 15 cm away from face and moved 180 degrees, from one side to the other .......... dah boleh..
• Recognize certain smells and show disdain for some of them .......... ni pun aku xsure gak
• Practise swimming movements when lying on his tummy .......... yang aku perasan, Damia ni walaupun meniarap pun dia xterer lagi..tapi once dia meniarap, asyik angkat punggung jer..
• Enjoy more vigorous play such as bouncing up and down .......... hmm..xtaulah
• Show signs of emotional attachment to you .......... pun xberapa clear..yang aku perasan, dia happy jer kalau aku yang dok main dgn dia..


By now your baby may even:
• Bear some weight on legs when held standing ......... badan Damia memang kuat..kalau kita dirikan dia, memang dari dulu dia bleh tampung berat dia..dgn sokonganlah of course
• Turn head in direction of voice, especially mother's voice .......... dah boleh, tapi kekadang aje kalau aku panggil dia toleh.
• Make a wet razzing sound .......... dah boleh kot, cuma xberapa obvious lagi
• Examine objects for a long time
• Sit up if held .......... yang ni..agaknyalah. yang pasti Damia suka angkat kepala kalau dalam position baring..xsabar-sabar betul
• Press her feet flat on the floor or your lap when held in standing position .......... xterer lagik..
• Show preference for some people within your circle of friends and relatives .......... blumlah rasanya..dengan sapa-sapa dia ok jer lagi

Tuesday, June 16

Xde rezeki..sedihnya..

Sedihnya..

Tu jerlah yang aku dapat cakap..huhu
Tadi (kul 12.30 t/hari) aku pumpinglah, cam biasakan...
pump..pump..pump.. 10-15 minit, aku stop..
Dapatlah dalam lebih kurang dalam 6.5oz. Aku pun agih-agihlah kat dalam botol (sebab aku simpan 3.5oz jer satu bekas)..so, dapatlah 2 botol sebab pagi tadi pumping pun ada balance kan..

1 botol selamat aku transfer dalam liner..alhamdulillah, rezeki Damia harini.
then, aku sediakan liner utk botol kedua....

dah bleh agak apa jadi kan...aku pun xtau apa yang aku terlanggar sampai TERtolak botol ke2 tu..dan makanya..tumpahlah 3.5oz susu....hua!!! sedihnya....

memang sedih sgtlah..sebab production aku ni xmenentu..kekadang dapat bawak balik 5 x 3.5oz, kekadang 4 1/2 botol x 3.5oz, kalau rezeki lebih, dapatlah 6 x 3.5oz..sebab tu setiap titik susu tu bermakna tau...
Tapi, kenalah redha...dah namanya pun xde rezeki..redha..redha..

Ni gambar selingan..pembaziran EBM di nursery Damia..time nih pun GERAM banget!!


Sunday, June 14

Love at First Sight..

Dulu, masa zaman-zaman bercinta, aku selalu cakap kat hubby yang aku xpercaya cinta pandang pertama.. Yelahkan, time tu bila cakap pasal cinta, xdelah plak terfikir jauh, cuma pikir cinta gf and bf aje..

Tapi sekarang, bila dah ada Damia, ternyata apa yang aku fikir dahulu meleset..tak sangka, banyak betul cinta n sayang yang aku nak bagi pada Damia..(siapa yg pernah jadi mummy jer yg faham apa aku rasa tau..hehe) Tak sangka, betapa cepatnya aku dah jatuh cinta kat budak sorang nih..rasa sayang tuh dah ada masa Damia belum lahir pun lagi..
Apapun, sekarang ku percaya wujudnya cinta pandang pertama itu..
(p/s : entry ni sebenarnya aku mula tulis masa Damia tgh tdo..Tengok Damia tdo lena macam tuh, buat aku rasa sayaaang sgt-sgt..tuh pasal berkobar-kobar nak tulis pasal nih..)


Klip video ni aku saja letak..one of my favourite...rindunya masa cuti pantang haritu!!! Dapat duk dengan Damia hari-hari...


Selamat Pengantin Baru Siti & Shah

Cuti-cuti sekolah ni..ramai betul kawan2 aku yang kawin..jadinya, weekend2 aku sibuk dengan memenuhi undangan perkahwinanlah..

Last Saturday (13-.6.09) giliran Siti n Shah...TAHNIAH


Cuma nak bagitau, mak andam diorg ni, samalah dengan mak andam aku dulu..Kak Nani.. teringat plak time-time aku dulu..hehe. Cantik kan?

Ni ada some pictures aku n Damia masa otw and kat wedding Siti...Damia xmeragam pun, sebab cuaca pun sejuk jer time tu..yelah, dalam perjalanan tu hujan jer..jadi Damia pun sedap jer tdo... pulak, bila sampai, dewan tu pun ada aircond...apalagi..dia pun lelap gak,,,hehe


Damia yang cute..mummy dia cute tak?hehe

Thursday, June 11

Tiap-tiap hari..

Tiap-tiap hari tak sabar tunggu 5.30 sebab budak ni..
Tiap-tiap hari rasa macam nak cuti supaya leh spend time dengan budak ni..
Tiap-tiap hari rasa xbest bila kena hantar budak ni pegi 'school'..
Tiap-tiap hari pumping untuk budak ni..
Taip-tiap hari tak sabar tunggu weekend..
kalau boleh, TIAP-TIAP HARI nak spend dengan budak ni...




Eii..susu pun ada kat mulut lagi..hehe

Wednesday, June 3

HAPPY 3rd MONTH!!

HAPPY 3rd MONTH TO DAMIA ALEESYA..
Sekejap jer dah 3 bulan..last timbang haritu, Damia dah pun 6.4kg..hehe
Ni jer latest pic Damia yang aku ada
Sampai harini, Damia dah pandai,
a. Smile,
b. Dah kenal mummy dia (hehe)
c. Dah taknak baring..Kalau baringkan, sure dok angkat2 kepala
d. Dah pandai nak pegang toys atau apa aje yang berdekatan dan tercapai dek tangan dia..
e. Dah mula nak pusing-pusingkan badan.

Anyway sayang, mummy ada present utk Damia kat bwh ni.. Fresh tau..baru jer pumping pagi tadi..
Semoga Damia membesar dengan sihat berkat SI..

1st pumping session @ office (3 Jun 2009-Damia 3 bulan harini yeay!)

FYI, nilah dia BP yang aku guna selama ini..


Spectra 3 kesayanganku..

Rasanya, patut ke aku beli satu lagi pump sbg back up? bukan apa..Setakat ni aku guna S3 6 kali sehari.. takutlah kalau tetiba dia jammed ke apa..karang aku xde back up lak.. Any comment yang bleh membantu?maybe cadangan brand ke..

Happy reading..




Posted by Picasa

Saturday, May 30

Before & After

Salam semua...
Post aku kali ni saja-saja nak tanya kat korang..ada beza tak aku masa pregnant and lepas bersalin? risau gak kalau aku makin chubby kan..karang tak jadilah 'hot mama' plak. hehe.

Just untuk info, i used nona roguy during confiment. my review, very easy to use. xdelah bau-bau xsedap cam herba-herba or akar kayu cam dulu.. sampaikan, mudahnya set bersalin NR ni buat aku rasa, eh, betul ke aku ni tgh pantang?

well, readers. aku masih lagi teruskan dengan NR sampai hari ni. harga dia memang lebih mahal kalau compare dengan produk lain. tapi personally, aku senang dengan NR. so far milk production pun tak terganggu since Damia fully BF. Alhamdulillah.

Friday, April 24

Nak citer ape??

Aku sebenarnya dah lama create blog ni..tapi mood nak tulis tu xde gak..antara reasonnya ialah bila slow sgt nak upload picture..jadi malaslah nak post apa2 kat blog.. Tapi disebabkan ramai gak yang suruh aku buat blog ni especially bila baby Damia dah ada ni..aku pun cuba gak tulis..well, nilah permulaannya (hopefully and bukan hangat2 tahi ayam..hehe).. Okey..let me start with introducing Damia Aleesya bt Hazrul Nizam..

First picture taken ..Damia Aleesya baru lahir..3.6kg

Gambar ni masa baby Damia baru jer lahir..3 Mac 2009. Damia lahir jam 1227 di Kelana Jaya Medical Centre, Welcome to the world sayang..
15 hari..dah pandai jelir-jelir lidah plak dia..sapa ajar nih.. :)

Ni plak gambar masa Baby Damia 15 hari.. Damia dah cukur rambut masa umur 7 hari lagi.. :) Time ni dia masih senang nak tdo lagi..cuma kalau terjaga malam..sejam dua baru bleh tdo balik..aku ni, tahan mata ajelah layankan dia..nasib baik cuti..hehe


Sebulan 2 hari..Dengan Monty Lion - Damia punya gym..

Happy 1 month old sayang ..

Pejam celik, pejam celik..Damia dah pun sebulan...gambar2 kat atas nih amik masa kat Kulim, Kedah..
Dan yangkat bawah ni..gambar sekarang...Damia dah pandai senyum..berat Damia dah 5.04kg (7weeks) masa timbang last week untuk injection..panjang pun dah 58cm..

Damia Aleesya SMILE!!!!

Semoga perjalanan hidup kami diberkati..Mummy & Daddy loves u sayang..muah muah!!!


MummyDamia