We are FAMILY

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, December 6

Seminggu yang lalu...

Salam all...

Last week was fun...and this week, things are back to normal...

Semuanya bermula daripada 26 November yang lepas...
I cuti..
Hubby pun balik KL..
Aisyah balik dari India...
And 1 happy family at home..Complete okay!!

Hehe...
Memang seronok bila sekali sekala dapat gather ramai2...
Banyak aktiviti dapat buat sama2.. Memanglah letih sket sebab Sabtu 27 Nov tu ada event (Ayun & Zamri nikah ceremony)..tapi bila dah ramai2..tak terasa sangat pun..

Hmm..bila agaknya leh gather2 lagi camtu yek?

apapun, hargailah masa yang ada bersama tu...

Yang pasti, next year kita ramai2 tengok Harry Potter k!!

Nota kaki : Pics takde sebab update guna pc..gambar semua dalam laptop..hehe


Friday, September 4

Pengalamanku..

Assalamualaikum readers..

(Entry ku kali ini mungkin panjang sket, harap kalians tidak jemu membacanya. Kalau xnak baca pun takpe :))

Hmm..harini sebenarnya nak kongsi sedikit pengalamanku sepanjang 6 bulan bergelar Mummy yang fully BF..

To be honest, sekarang ni, kalau aku dapat tahu mana-mana new mommies yang berikan anaknya Formula Milk (FM) tanpa alasan , aku rasa sedih sgt2... aku rasa macam kesian kat baby tu sebab xdapat sepenuhnya khasiat yang ada kat dalam susu ibu (SI) sebaliknya minum susu lembu..

Aku sebenarnya bukanlah terror sgt dalam bab ni.. Sebenarnya, yang menjadi keutamaan dan azam aku adalah nak berikan yang terbaik untuk Damia (InsyaAllah dipermudahkan segalanya..). sebab tu, aku pilih untuk fully BF Damia sampai dia 6mths (Alhamdulillah berjaya) and aku akan teruskan InsyA until Damia 2yrs old.
Bila aku mula terdetik nak bagi Damia fully BF?

Sebelum Damia lahir - aku tak terfikir pun tentang ini. xde pun pasang niat nak fully BF ke apa.. masa tu, cuma fikir baby baru lahir macam mana..

Lepas Damia lahir - 2-3 hari lepas Damia lahir pun aku xterfikir lagi. Masa di hospital, nasib baiklah nurse and gynae aku, Dr Fatima ajar aku nak BF. 3 hari - 2 mlm aku kat KJMC, tiap2 hari mesti ada nurse datang bilik and ajar aku cara nak feeding Damia. Kawan-kawanku yang bergelar isteri/bakal ibu - percayalah. Perkara ini tidak senang. Perlukan sokongan dari semua yang berada disekeliling kita. Tapi sabar. Susu takkan terus banyak bila baby baru lahir, tapi yang sedikit itulah yang mengenyangkan bayi.. dan sebagai Ibu, bersabar-susah tu sekejap sahaja...

Sebulan dalam pantang - Aku nekad nak bagi Mia fully BF bila kejadian Mia muntah2 lepas aku bagi FM pada dia (Malam masa hantar Aisyah kat KLIA nak balik India). Memang sedih sgt tengok Mia muntahkan semua susu FM yang dia minum. Dan malam tu, memang aku nekad nak BF Mia sepenuhnya.

...Maka bermulalah pencarianku mengumpul ilmu pengetahuan tentang BF... dan aku pun mula kenal istilah-istilah yang selama ini xlangsung pernah aku terfikir - EBM/ BP/ Medela/ Spectra/ Pumping/ liner dan macam-macam lagi.

Aku cari info kat mana? tentulah dengan ONLINE INTERNET!!

Sepanjang aku pantang, itulah keje aku. Online. search mengenai ini. Aku nak tanya siapa? kawan2 aku pun mcm aku juga..Ini semua benda baru bagi kami. Setiap hari aku akan search and baca forum-forum yang related untuk aku kumpul ilmu tentang BF. Aku belajar macam mana nak kumpul stok EBM, aku belajar BP mana yang terbaik, aku belajar cara nak handle EBM, berapa banyak nak bekalkan Mia Si dalam sehari dan macam2 lagi.. dan percayalah, aku bermula dengan ~14 botol x3.50z(100ml) masa aku mula naik keja pada 4/5/09 dan sekarang aku dah ada ~ 100 liner+ bottle x 3.5oz. Semuanya tak mustahil..apa yang penting, percaya pada diri sendiri dan yakin kita nak berikan yg terbaik untuk anak kita..

Kenapa aku nak citer semua nih?

Seperti permulaan ceritaku ni, aku sedih bila dengar ada mommies yang beri FM pada anak.

Aku juga berharap kawan2 aku (esp yang baru2 kawin kat PERNAMA ni..) bila dah ada baby, akan terus berikan yang terbaik untuk anak2 anda..percayalah, you won't be regret..

Cuma ingatlah - Selalunya mommies bagi alasan bagi FM sebab susu xdelah, susu sikitlah, takut baby xkenyang (perut baby kecik je, bukan macam perut kita..jadi baby xmelantak macam kita ye kawan2) tapi sebenarnya semuanya bergantung pada DEMAND & SUPPLY, bukan size B tau....


P/s : entry aku ni bukan menghentam sesiapa..sekadar berkongsi..
P/s : nak rujukan lebih? boleh layari susuibu.com (cari aje mana-mana forum yang related) atau boleh baca artikel ini http://www.sarakids.com/articles.php

Rezeki Mia : masa ABE meeting di Temerloh 6 - 8 Aug 2009...(sebahagian sahaja) - sehingga hari terakhir, aku berjaya bawa pulang ~ 30 liner+bottle x 100ml (xcaye? tanya Mar/Haza..macam mana aku makan space bonet keta Haza masa balik hari tu...)

Thursday, September 3

Busy atau aku 'M"??

Assalamualaikum readers...

Waduh2...lama sungguh aku tak publish entry baru yer.. banyak sebenarnya nak cerita-cerita.. tapi xde mood nak mengupdate blog sendiri...

Antara list Things To Do aku :
Hutang aku -> aku masih berhutang untuk:

  • Upload gadget-gadget baru yang aku beli masa aku pindah masuk umah Puncak Alam.
  • Aku tak tulis lagi entry masa Mia 5mths.
  • Aku tak cerita lagi masa Mia kena tinggal sebab aku g meeting kat Temerloh/my BF journal@ Temerloh
  • Aktiviti cuti-cuti Malaysia aku @ Lumut
  • Entry Mia 6 mths
  • Iftar @ Dewan Perdana Felda

Isy..cukuplah tu..makin panjang pulak listnya.. bukan apa, aku sebenarnya xde mood langsung nak update..satunya sebab kat umah xde internet access (kalau ada pun, aku xde masa nak online pun...balik keje dah penat, nak layan si Mia bambam lagi..). Lagi satu, bila aku update kat opis, nak upload pic lak xleh. sebab? semua gambar aktiviti persatuan dsb ada dalam laptopku..huhu.

Tapi, disebabkan aku tgk rakan-rakan seperjuangan (Esp : Mariani) asyik mengupdate blognya...jeles plak rasanya..

Takpe..takpe..akan ku kejar sikit2 untuk update blogku..

Sementara itu, silalah menjamu mata dengan gambar Mia bambam (tiap-tiap hari mummy rindu kat Mia..xsabar nak balik keje..mmuah!)

Gambar diambil ketika Mia 5 mths ++

(dah pandai meniarap/duduk/merangkak.. juga pandai memilih orang sekarang.. :)) )

Thursday, August 6

Happy 5th Month Damia Aleesya

Assalamualaikum readers,

Mia dah masuk 5 bln...yeay!! Alhamdulillah.. dan ini bermakna, dah 5 bulan Mia membesar dengan mummy's milk, TANPA campuran formula milk!! - well, mungkin bagi sesetengah parents itu adalah perkara biasa, tapi bagi aku itu satu pencapaian dan usaha aku untuk menyusukan Mia until 2 yrs - InsyaA..(cuma mummy yang fully breastfeed jer tau apa maksud 'usaha' aku tu.. )

Banyak nak citer..xtau nak mula dari mana..cumanya banyak 'present' baru yang mummy beli untuk pastikan Mia dapat yang terbaik daripada mummy & daddy..nantilah, bila ada kesempatan aku akan upload 'gadget2' terbaru ni..hehe.

Bulan ini juga, aku dah 'move-out' daripada umah mama & abah. Maknanya, permulaan baru untuk family aku & hazrul..memang diakui, memula susah..tapi alah bisa, tegal biasa..aku akan adopt, InsyaAllah..(i am.. :)) )

InsyaA, next entry aku akan upload semua2 yang ku maksudkan di atas..

p/s - Ku berblogging di Temerloh sebab ada meeting until Saturday...1st time tinggalkan Mia..sedihnya...


Thursday, July 30

Goodbye Kota Kemuning..

Esok, (31 July 2009) merupakan hari terakhir aku and Damia duduk kat umah mama and abah kat Shah Alam. Esok juga adalah :


a) hari terakhir Mia di Nursery Kota Kemuning (lepas ni Mia school kat Setia Alam ye syg..)
b) hari terakhir Mia balik merasa balik awal dari nursey (lepas ni Mummy amik Mia kul 6.00pm ye sayang..)

Hmm..ntahlah. Sedih sebenarnya. Tapi, inilah kehidupan kan..takkan selamanya aku nak mengharapkan mama & abah (walaupun sungguh selesa sebab Mia dibawah jagaan family sendiri)
Well, aku n hubby kenalah blajar berdikari..jangan terus-terusan menyusahkan orang tua kan..
Apapun, untuk mama and abah (and ayun juga), if u all read this, Hani nak cakap thank you banyak-banyak. Untuk selama hampir 5 bulan Hani menyusahkan mama n abah, minta maaf and halalkan semuanya ye. Memang tak terbalas segala apa yang u all dah buat dan bantu selama ini. Doakan segalanya berjalan lancar selepas ini..
Memanglah lepas ni masih boleh balik umah mama kan, tapi surelah tak sama..Well, honestly aku memang sedih..sedih dengan perubahan yang akan berlaku. Sian kat Mia at the same time.. Tapi takkanlah aku nak biarkan hubby duk sorang2 pulak tanpa kitorang berdua..


Betapa sukarnya keadaan ini...

Mia & atuk (gambar Mia & nenek xde dalam simpananku..Nanti ku cari n upload)

Banyak sebenarnya yang mama & abah dah buat/bantu aku..tak tertulis sebab terlalu banyak. Apa yang aku tulis kat sini cuba cebisan sahaja. Sekadar meluahkan rasa sedih aku sahaja.. :((


Saturday, July 25

Family Day @Wet World Shah Alam

Assalamualaikum all readers..

Actually aku dah lama nak share gambar ni dengan semua.Thanks to Mariani sebab gambar-gambar ni adalah ehsan daripada camera dia (aku terlupa bawa camera, walaupun dah berkali-kali dok ingatkan diri sendiri..ish..ish..ish..)

Apapun, during that day (4 July 2009), aku tak join sebrang game pun, cuma bantu sebagai emcee sahaja..ok apa..ada gak penglibatan (ehh..penglibatan belakang tabir toksah cakaplah kan..) dan sebab tu jugaklah gambar aku xbyk pun..

Tapi, gambar budak kecik ni wajib, walau dalam apa hal pun. hehe. aku sebenarnya nak mandi jugak, tapi disebabkan aku ala2 bertugas pada hari tersebut, tak dapat nak mandi dengan Damia n Hubby, main kat tepi2 aje dan jadi tukang amik gambar...

Habis bertugas, si Damia plak dah tdo..apalagi, takkan nak kejut pulak kan (dahlah Mia kena minum EBM harituh disebabkan kesibukanku..huhu), so, aku pun main air kejap dengan Mariani, and then kitorang balik..

So, silalah menjamu mata dengan pics dibawah yek..

Damia @ Wet World Shah Alam @ 4mths.. cute kan ?

(kawan2, Mia minum EBM ye..bukan susu formula!)



Sunday, June 14

Selamat Pengantin Baru Siti & Shah

Cuti-cuti sekolah ni..ramai betul kawan2 aku yang kawin..jadinya, weekend2 aku sibuk dengan memenuhi undangan perkahwinanlah..

Last Saturday (13-.6.09) giliran Siti n Shah...TAHNIAH


Cuma nak bagitau, mak andam diorg ni, samalah dengan mak andam aku dulu..Kak Nani.. teringat plak time-time aku dulu..hehe. Cantik kan?

Ni ada some pictures aku n Damia masa otw and kat wedding Siti...Damia xmeragam pun, sebab cuaca pun sejuk jer time tu..yelah, dalam perjalanan tu hujan jer..jadi Damia pun sedap jer tdo... pulak, bila sampai, dewan tu pun ada aircond...apalagi..dia pun lelap gak,,,hehe


Damia yang cute..mummy dia cute tak?hehe

Thursday, June 11

Tiap-tiap hari..

Tiap-tiap hari tak sabar tunggu 5.30 sebab budak ni..
Tiap-tiap hari rasa macam nak cuti supaya leh spend time dengan budak ni..
Tiap-tiap hari rasa xbest bila kena hantar budak ni pegi 'school'..
Tiap-tiap hari pumping untuk budak ni..
Taip-tiap hari tak sabar tunggu weekend..
kalau boleh, TIAP-TIAP HARI nak spend dengan budak ni...




Eii..susu pun ada kat mulut lagi..hehe

Monday, June 8

Selamat Pengantin Baru Cik ECM II !!

Dikesempatan ni, nak wish pada kawan aku sorang nih..PUAN Mariani Masdar & pasangannya Riswan.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal hingga akhirat, InsyaAllah..



Pengantin Sungkai... (7 Jun 2009)

Sampai-sampai jer, aku terus gi jumpa pengantin..Pengantin tengah makan..tapi, dsebabkan cuaca yang panas and Damia dah berpeluh-peluh (sama gaklah dgn mak dia nie..hehe) sekeping gambar pun aku x amik..ni pun ehsan daripada kamera staff PERNAMA yang lain (Abg Zul..hehe)
Mummy sibuk borak, Damia jer yang tengok camera..

Apapun, merasa gak Damia Aleesya ke Sungkai Perak..
Daddynya mana? Hmm..biasalah ada, tapi xde..hehe
Happy Reading..

Saturday, May 30