We are FAMILY

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 4

Pengalamanku..

Assalamualaikum readers..

(Entry ku kali ini mungkin panjang sket, harap kalians tidak jemu membacanya. Kalau xnak baca pun takpe :))

Hmm..harini sebenarnya nak kongsi sedikit pengalamanku sepanjang 6 bulan bergelar Mummy yang fully BF..

To be honest, sekarang ni, kalau aku dapat tahu mana-mana new mommies yang berikan anaknya Formula Milk (FM) tanpa alasan , aku rasa sedih sgt2... aku rasa macam kesian kat baby tu sebab xdapat sepenuhnya khasiat yang ada kat dalam susu ibu (SI) sebaliknya minum susu lembu..

Aku sebenarnya bukanlah terror sgt dalam bab ni.. Sebenarnya, yang menjadi keutamaan dan azam aku adalah nak berikan yang terbaik untuk Damia (InsyaAllah dipermudahkan segalanya..). sebab tu, aku pilih untuk fully BF Damia sampai dia 6mths (Alhamdulillah berjaya) and aku akan teruskan InsyA until Damia 2yrs old.
Bila aku mula terdetik nak bagi Damia fully BF?

Sebelum Damia lahir - aku tak terfikir pun tentang ini. xde pun pasang niat nak fully BF ke apa.. masa tu, cuma fikir baby baru lahir macam mana..

Lepas Damia lahir - 2-3 hari lepas Damia lahir pun aku xterfikir lagi. Masa di hospital, nasib baiklah nurse and gynae aku, Dr Fatima ajar aku nak BF. 3 hari - 2 mlm aku kat KJMC, tiap2 hari mesti ada nurse datang bilik and ajar aku cara nak feeding Damia. Kawan-kawanku yang bergelar isteri/bakal ibu - percayalah. Perkara ini tidak senang. Perlukan sokongan dari semua yang berada disekeliling kita. Tapi sabar. Susu takkan terus banyak bila baby baru lahir, tapi yang sedikit itulah yang mengenyangkan bayi.. dan sebagai Ibu, bersabar-susah tu sekejap sahaja...

Sebulan dalam pantang - Aku nekad nak bagi Mia fully BF bila kejadian Mia muntah2 lepas aku bagi FM pada dia (Malam masa hantar Aisyah kat KLIA nak balik India). Memang sedih sgt tengok Mia muntahkan semua susu FM yang dia minum. Dan malam tu, memang aku nekad nak BF Mia sepenuhnya.

...Maka bermulalah pencarianku mengumpul ilmu pengetahuan tentang BF... dan aku pun mula kenal istilah-istilah yang selama ini xlangsung pernah aku terfikir - EBM/ BP/ Medela/ Spectra/ Pumping/ liner dan macam-macam lagi.

Aku cari info kat mana? tentulah dengan ONLINE INTERNET!!

Sepanjang aku pantang, itulah keje aku. Online. search mengenai ini. Aku nak tanya siapa? kawan2 aku pun mcm aku juga..Ini semua benda baru bagi kami. Setiap hari aku akan search and baca forum-forum yang related untuk aku kumpul ilmu tentang BF. Aku belajar macam mana nak kumpul stok EBM, aku belajar BP mana yang terbaik, aku belajar cara nak handle EBM, berapa banyak nak bekalkan Mia Si dalam sehari dan macam2 lagi.. dan percayalah, aku bermula dengan ~14 botol x3.50z(100ml) masa aku mula naik keja pada 4/5/09 dan sekarang aku dah ada ~ 100 liner+ bottle x 3.5oz. Semuanya tak mustahil..apa yang penting, percaya pada diri sendiri dan yakin kita nak berikan yg terbaik untuk anak kita..

Kenapa aku nak citer semua nih?

Seperti permulaan ceritaku ni, aku sedih bila dengar ada mommies yang beri FM pada anak.

Aku juga berharap kawan2 aku (esp yang baru2 kawin kat PERNAMA ni..) bila dah ada baby, akan terus berikan yang terbaik untuk anak2 anda..percayalah, you won't be regret..

Cuma ingatlah - Selalunya mommies bagi alasan bagi FM sebab susu xdelah, susu sikitlah, takut baby xkenyang (perut baby kecik je, bukan macam perut kita..jadi baby xmelantak macam kita ye kawan2) tapi sebenarnya semuanya bergantung pada DEMAND & SUPPLY, bukan size B tau....


P/s : entry aku ni bukan menghentam sesiapa..sekadar berkongsi..
P/s : nak rujukan lebih? boleh layari susuibu.com (cari aje mana-mana forum yang related) atau boleh baca artikel ini http://www.sarakids.com/articles.php

Rezeki Mia : masa ABE meeting di Temerloh 6 - 8 Aug 2009...(sebahagian sahaja) - sehingga hari terakhir, aku berjaya bawa pulang ~ 30 liner+bottle x 100ml (xcaye? tanya Mar/Haza..macam mana aku makan space bonet keta Haza masa balik hari tu...)

No comments: